PERIHAL PESTA



Antara matlamat utama penganjuran Pesta Pulau Pinang adalah untuk menjalinkan permuafakatan dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Bertepatan dengan temanya, "Jom Pi Pesta ", ia juga diharap dapat memacu ke arah pembangunan ekonomi khususnya sektor pelancongan di negeri ini. Majlis pembukaan Pesta Pulau Pinang 2013 telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada  .

Pelbagai  gerai jualan dan pameran telah disediakan di tapak pesta merangkumi pakaian fesyen terkini, hiasan dalaman, kraf tangan, produk kesihatan, elektrik dan bazar tekstil serta pakaian. Sepanjang Pesta Pulau Pinang 2013 dari 25 November 2013 hingga 31 Disember 2013, pengunjung disajikan dengan  pelbagai acara persembahan pentas seperti boria, band tempatan dan artis jemputan. Persembahan khas kebudayaan dan kesenian kaum Cina dari Shanghai International Troupe serta Sumatera Utara (SUMUT) dari Indonesia turut disajikan. Pesta Pulau Pinang juga menganjurkan bebrap[a pertandingan yang egitu sinonim dengan pengungjung Pesta iaitu Bintang Pesta 2013, Bintang Remaja Pesta 2013, LC Motor Show, Mini 4WD drive race dan Pertandingan Karaoke Cina.

Pesta ini dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula pada jam 6.00 petang hingga 11.30 malam. Setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.

0 comments:

Post a Comment